PENGENALAN

Mengimbas kembali PERASAAN JATUH HATI... JATUH CINTA dengan SHAKLEE. Masa tu, berat badan asyik je naik sedangkan sebelum ni ramai yang tegur badan saya dah kurus termasuk le antara Senior Officer di pejabat yang menegur selepas saya mengambil produk xxx. Tapi saya stop bila produk itu di katakan mengandungi racun dibutramine hydrochloride!!! Sungguh tak beretika orang-orang yang mengaut keuntungan dengan menganiaya orang lain. Saya nekad untuk mengurangkan berat badan yang semakin hari semakin 'tenat'. saya perlu bersihkan badan saya dengan produk yang betul sebab sebelum ni pun saya pernah terkena... kes yang sama! Arg dah berapa banyak racun dalam badan ni!

Bermula la pencarian saya bukan setakat untuk kurus tapi untuk sihat sekaligus.Google je keluarlah entry2 berkenaan dengan produk Shaklee yang dikatakan SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM. Dipendekkan cerita google meng google ni, saya jumpa blog MamaFisya dan yang bestnya boleh beli di Telok Mas, Melaka. Produk yang saya beli masa tu ESP, Alfalfa dan Lecithin; sesuai untuk kurus dan breastfeeding jugak. Kesannya masa tu? First saya perasan pori-pori muka saya dah mengecil. Ek? Kurus ke cantik ni? Kurus sikit...  ukuran peha saya berkurang 1/2 inci. wink! wink!

Belian ke2, saya beli bukan untuk saya tapi untuk kawan dan untuk anak saya, terus jadi ahli FREE sebab beli dalam RM600++. Langkah saya bersama Shaklee dipanjangkan apabila saya nekad untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee dan saya pun ke New Distributor Training yang mendedahkan banyak info mengenai Shaklee. Tapi saya sangat tertarik dengan ini:

  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
Inisiatif Shaklee untuk mengeluarkan produk TERBAIK inilah yang amat saya kagumi. Selain itu menyedari dunia yang semakin INSTANT, semakin beracun lebih baik saya protect diri saya dan keluarga. 

Jatuh cinta dengan Shaklee lagi bila...
>>Untuk saya yang memang payah nak kurang berat badan ni, saya perlu usaha lebih selain produk Shaklee saya mula ke Gym dan sauna, ye sungguh saya dapat rasakan saiz badan yang berkurangan terutama semasa meyarungkan baju ke badan. Kulit muka saya kurang jeragat dan paling penting suka tengok muka sendiri. hik hik. Kulit muka saya ambil Collagen, Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex. Yang lain-lain untuk detox Alfalfa, Herblax. Yang Alfalfa ni mmg best sejak amalkan makan alfalfa sakit sudah tak sakit belakang (belikat) lagi.

Anak-anak? Setiap hari saya beri minum Meal Shakes dan Chewable Vita-C sebelum ke sekolah dan malamnya saya beri Omega Guard. 
>> Anak dara saya yang pertama, Nurien yang sangat memilih makan saya berikan Meal Shake supaya nutrisi cukup. Nurien sudah pandai lapar. Tears. Dulu saya tak tahu dia makan apa sebab sarapan tak nak, lunch pun tidak, malam jauh sekali! Harap makan di sekolah aje. Sekarang, tidak lagi... Saya tambah Caratomax untuk si cerdik pandai ini sbb dia ni specky, silau kuat. Akan update perkembangan kesihatan matanya nanti
>> Anak kedua saya Anieq jarang diserang asma dan kulit pun dah cantik (dulu Ekzema, mesti naik ruam-ruam di muka, leher, tangan etc). Selera makan, alhamdulillah
>> Anak manja ketiga saya, Karien Qariesya dapat bekalan susu badan sehingga ke hari ini. Meal Shakes 1 sudu kecil sehari, saya dapat lihat rambut yang jarang mula tumbuh dan panjang. Alhamdulillah

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SHAKLEE .... Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.


Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment