SET IBU MENYUSUKAN SI COMEL
Apakah keperluan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka? Selain susu yang mencukupi semestinya badan yang sihat. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai Supplement dan penyusuan.Untuk makluman ibu-ibu, Supplement Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB untuk banyakkan susu. Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata.. kalau sekelip mata itu namanya magik, ye tak?
Supplement Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan. Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips-tip & peraturan pengambilan vitamin untuk banyakkan susu. Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yang cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih sekaligus tekanan/stress dapat dikurangkan. Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2. Supplement adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat-zat makanan yang tak cukup bagi badan kita. Buat pengetahuan ibu-ibu, tidak mungkin kita akan mendapat nutrisi yang lengkap daripada yang makanan yang kita ambil. Nutrisi yan lengkap adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh kita.
Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. Makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep "Demand vs Supply" dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar. Selain itu :-
■ Amalkan Power Pumping. (Bacaan tambahan di sini.)
■ Banyakkan minum air kosong
■ Elakkan ambil air ais.
■ Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu.
Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.
8 Tips Membantu Memperbanyakkan Susu Ibu.
1) Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.
2) Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
3) Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.
4) Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
5) Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
6) Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.
7) Ambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.
8) Berdoa, membaca Al-Quran dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
Ibu-ibu yang semestinya ibu hebat kerana menyusukan anak-anak mereka dan menyedari bahawa susu adalah hak anak. Oleh itu, sediakan lah badan yang sihat untuk menghasilkan susu selain bantuan milk booster (alfalfa yang memang digunakan secara traditional untuk membanyakkan susu) dan latihlah diri anda untuk mengikuti tips-tips penyusuan yang saya berikan di atas.
Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan supplement ini daripada saya, sila hubungi saya melalui sms,whatsaap, wechat 011-1978 9996 atau pm saya di fb https://www.facebook.com/RIENVITASUPPLEMENT?ref=hl
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment