PENGALAMAN ANIEQ DIKHATANKAN

Assalammualaikum...

Hari ni saya nak share pengalaman menemankan anak lelaki saya M. Nazrien Anieq dikhatankan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar even lambat sikit sebab ada plak yang walk in sunatkan anak tanpa appointment... lama gak la tunggu dalam 1 jam. sepatutnya terus je masuk sebab memang turn anieq pun. Tapi takpelah... kadang-kadang memang ada je ibubapa yang spontan je nak khatankan anak ;)

Klinik yang saya bawa Anieq Klinik Amal di Telok Mas,Melaka. Doktor Amir. Kaedah yang digunakan ialah secara 'laser'. Hihik bukan laser sebenarnya. Penerangan berkhatan jenis ini saya ambil dari http://drazwan.blogspot.com/2008/12/khatan-terkini-atau-konvensional.html. Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya. memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit. 

Ini gambar alat tu... 

 rien-vitasuppplement.blogspot.com


Berbalik kepada  cerita anieq tadi, masa bius memang la dia menangis kesakitan. Saya yang menemankan pun rasa sedih...tapi saya peluk dia dari arah kepala sambil memegang tangan untuk menenangkannya. Masa proses potong kulit tu, saya dapat saksikan live... tapi saya tak beri anak saya pandang pun, bimbang dia meronta. Nampak senang je tapi dalam hati saya berdoa segalanya berjalan lancar.

Sampai je rumah, saya terus beri Anieq ubat tahan sakit Ibrufen Syrup dan antibiotik Z Mox 125. Sempat la jugak dia merengek sakit. Saya terpaksa buat tak tahu setelah berbakul nasihat dan semangat yang diberikan supaya bersabar.

Dua jam selepas tu, vitamin wajib diberikan supaya nutrisi lengkap dan luka cepat sembuh, InsyaAllah. Saya beri Vitamin C , Omega , dan Meal Shakes .   

 Setakat ini alhamdulillah takde lagi dengar rengekan. Buat ibubapa yang ingin khatankan anak lelaki masing2 tu, silalah teruskan cadangan supaya tempoh sembuh cukup semasa cuti sekolah ni.